Pengilangan dan pembekalan produk penjagaan rumah dan fabrik yang berkualiti tinggi adalah kebanggaan kami.
Setiap kategori produk kami merangkumi pelbagai jenama yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan penjagaan rumah dan fabrik. Misi kami adalah mencipta produk berkualiti yang meringankan kerja penjagaan rumah dan pakaian.
Kami adalah pengeluar dan pembekal produk penjagaan rumah dan fabrik untuk kehidupan yang lebih bersih dan berkualiti.
Rangkaian kami meliputi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga membekalkan produk ke luar negara termasuk di Asia Tenggara, Asia Pasifik, Timur Jauh dan Timur Tengah melalui rangkaian pengedaran yang efektif.
Kaedah Kami
Kualiti adalah keutamaan dan fokus kami.
Bersama-sama kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Apabila mencipta sesuatu produk, kami mengutamakan keperluan dan keberkesanan produk pembersihan pakaian dan rumah untuk pengguna dan seisi rumah dengan memastikan kualiti produk kami sentiasa terbaik
melalui kajian, perkembangan dan kawalan kualiti yang
berterusan.
Polisi Penyayang
Berkhidmat kepada orang ramai dan keluarga merupakan nadi operasi kami. Dengan memupuk budaya sayang-menyayangi, kami sedia membantu pengguna supaya mereka dapat menikmati kesejahteraan keluarga di mana-mana.
Kualiti & Kecemerlangan
Memberi yang terbaik kepada pelanggan merupakan keutamaan kami. Matlamat ini memastikan semua produk kami mencapai standard tertinggi kawalan kualiti. Kecekapan, inovasi dan kepakaran merupakan dorongan kami.
Pertumbuhan Lestari
Kami percaya bahawa kemajuan dan pengembangan produk haruslah selari untuk pembangunan yang lestari di
setiap kawasan.